Sedar tak sedar, kini dah pun masuk
tahun 2012. Kalau barat keparat kata, the end of the day. Ya lah, dia
orang memang nak menyesatkan manusia seluruh dunia. Sesuka hati nak
cakap macam tu. Kita sebagai manusia yang berpegang pada ajaran Islam
dan keimanan, tidak boleh langsung mempercayai dakyah songsang. Ada
sesetengah pihak dan kawan-kawan hampir mempercayai. Walaupun bunyi
macam tak percaya, tapiitu lah hakikatnya.
Ini disebabkan, National Geography
pernah menayangkan beberapa siri kajian secara scientific, mengatakan
pada 12 hari bulan Disember, matahari akan mengeluarkan beberapa letupan
yang mengakibatkan suhu dunia berubah dan kemungkinan besar tiada
hidupan yang survive. Itu hanyalah kajian dan tidak sememstinya kita
perlu percaya dan terus melatah membuat kesimpulan bahawa, itulah
tandanya kiamat. Nonsense! kalu pun itu adalah kebenaran, tetapi membuat
kesimpulan hari kiamat pada waktu dan tarikh yang ditetapkan oleh
manusia sendiri adalah salah dan terpesong akidah! Jadinya, kalau
menonton movies Hollywood, buat lah ia hanya hiburan untuk release
stress sahaja. Jangan sampai dijadikan pedoman dan lekat dalam hati.
Kita terlalu mengejar dunia. Percaya atau tidak? Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan. Kalau di lihat pada wall facebook,
98% semuanya bercerita mengenai kerisauan pasal kerja, kekecewaan
bercinta, kasih sayang pada duit, stress dengan kerja, kawan-kawan, hal
ehwal perniagaan, untung rugi, kejayaan cita-cita dan matlamat
hidup…Semuanya pada kehidupan. Ini lah DUNIA. Semua orang mengejar tanpa
seperti tiada kesudahan. Kita dituntut untuk mencari duit untuk
kehidupan yang selesa seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Dan pada
masa sama, kita dituntut lebih untuk beramal pada NYA seperti kita akan
mati pada esok hari. Nampak kan logik nya di situ? (hukum akal). Bekerja
untuk 1000 tahun kehidupan bermakna kita mencari duit yang banyak,
mengumpul harta kekayaan dan pangkat untuk dipakai 1000 tahun akan
datang.
Ada kala, kita terlalu mengejar dan
mengira keuntungan kewangan. Ada yang sangup membeli rumah kereta dan
tanah, emas dengan berpinjam pada konvensional bank yang kita sedia
maklum ia adalah RIBA’. Memanglah ia murah berbanding dengan sistem
perbankan Islam, tetapi, sanggup kah kita menggadaikan kebahagiaan di
SANA hanya disebabkan mahal sedikit? Kalau dah tak mampu, kenapa nak
berkejar-kejar seperti perlumbaan sesama rakan-rakan dan ahli keluarga
menilai siapa yang lebih kaya? Siapa yang lebih berharta? Lebih malu
untuk menjawab dengan rakan bahawa kita duduk rumah sewa sebulan rm350
daripada menjawab kita duduk di rumah yang kita beli? Walhal kita
berhutang sebenarnya dan mengamalkan sistem RIBA’. Lebih sanggup untuk
membeli rumah pada masa sekarang kerana takut pada masa hadapan rumah
akan naik harga dan kita tak mampu?
Sebenarnya, minda kita terlalu resah dan
terlalu berjaga-jaga untuk mengumpul harta kekayaan dunia. Kalau tak
mula kumpul dari sekarang, mesti kehidupan akan sengasara di masa
hadapan. Kumpul harta untuk kemudahan anak-anak, kemudahan isteri dan
kita pada masa tua. Ya, semua itu memnag ada betul nya, tetapi sanggup
kah kita memaksa diri kita berhutang dan berRiba semata-mata untuk
mengikut kan mentaliti dan pemikiran yang tak berapa betul itu?
Pemikiran yang kita sendiri tak tahu datang dari mana. Pemikiran yang
membuat kan kita satu hari 24 jam bercerita dan berfikir hanya pada
perihal kewangan dan harta kekayaan. Wanauzubillah…
Mencari kebahagiaan bermula dengan niat.
Dari niat datangnya angan-angan. Dari angan-angan buatkan kita berusaha
gigih untuk mencapainya. Kita bekerja untuk hidup dan bukan hidup untuk
bekerja. Masa depan anak-anak, isteri, keluarga dan diri kita, hanya
diri kita yang menentukannya. Bukan wang dan bukan harta. Harta banyak,
tetapi akidah dan pegangan terhadap agama tiada dan kurang, serupa
seperti memberi makan kepada kucing dan haiwan. Tiada penambahan malahan
dikikis dan akhirnya habis. Ilmu dan amal adalah segalanya. Masa muda
inilah kita mencari ilmu dan pengalaman hidup. Bukan berlumba-lumba
mengumpul harta sehingga diri sendiri terjebak dengan kancah kapitalism
dan berhutang hingga ke mati. Bijak mengurus kan duit dan HUTANG. Bijak
menguruskan hal rumah tangga dan keluarga dan itu lah yang paling utama.
Elakkan lah diri daripada menjadi tahi politik dan belagak bijak di
kedai-kedai KOPI bercerita mengenai hal politik dan pentadbiran negara.
Jagalah diri sendiri dan keluarga. Barulah hidup kita sentiasa bersahaje
dan harmorni.